Looks better in a screen res of 1280 x 800 + (may be scrunched to one side if your screen is smaller than that although I tried adapting the layout) Looks fine/Tested in Google Chrome and FF » blogspot
» twitter
» tumblr
» tumblr themes
!--> Everyone is different in style and that's what makes everyone unique. Be you, not someone else.
ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ
The layout was made specially for me.
All links open in a new tab.

 Just wanna share. :)
Assalamualaikum semua. :)

hehe, here I want to share something with yo


''As far as I am concerned, she could be just mere folk tale. Kisah dongeng.''
Maybe. But no proof doesn't mean its not real.Banyak bende dalam dunia ni yang benar walaupun tak dapat dibuktikan. Lagipun bagi saya ia bergantung pada individu. You choose what to believe right? Soal wujud tak wujud tu tak penting sebenarnya. Yang penting memilih untuk percaya pada sesuatu & beri komitmen pada kepercayaan itu. Menjadikan ia sebagai sesuatu yang boleh menjadi pengajaran or even panduan dalam kehidupan peribadi. Kita ambil yang positif ok? I believe its called faith. Kepercayaan. lebih kurang juga macam agama. Yes, kita ada bukti yang kukuh like Al-Quran &hadith. But a lot of things in our religion needs us to just believe without physical proof. Seperti kewujudan Heaven & Hell. You can't see it. But you just know its there and you choose to believe it. Because you have faith in it. :) Ada kepercayaan dalam agama tu sendiri.
u all. :) Gonna be a little bit good to you all. Yah, if i use broken english I'm sorry. :)
"Just wanna share. :)" was Posted On: Tuesday 25 June 2013 @22:55 | 0 lovely comments
 Ujian Hidup? Allah ! :'(
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh ! :)
Selamat bertemu kembali kepada pengunjung blog yang tidak seberapa nak melawa nie. haha. ayat zah sedap sangat. BM failed! *marah cikgu. Okay today zah nak share something that always berlegar in my mind. haaa ok kita mulakan yer?


Awak, tahukan everything happen there's a reason behind it no matter bad or good. Kadang kita diuji kan dengan dugaan yang berat sangat macam dah tak larat je nak pikul padahal bukan kene pikul gunung pon. Tu semua illusi yang ada dalam mind kita. Awak2, tahukan Allah uji kita sebab apa? sebab He loves us very2 much. Dan sayang kita pon takkan boleh mengalahkan sayang Dia kepada kita. Namapak kan sekarang? OK zah tahu apa yang kita cakap Allah akan uji kita buat ke tak kan? i'm trying to do what i talking to other. :) 





OK awak2. --> look at this, please read ! enjoy it.

''Ya Allah, jika suatu saat aku KEHILANGAN harapan dan tujuanku,
  Berilah aku KEYAKINAN bahawa TAKDIRMU adalah
  LEBIH BAIK daripada apa yang aku inginkan dan impikan. ''

''Kau DAMAIKAN hatiku untuk menerima TAKDIRKU,

  Kerana aku YAKIN dan PERCAYA perancanganMu adalah yang terbaik dan terindah buatku.''

OKlah dah bace kan? So how? Nice? OK i know my writing isn't better like you all. :( Tapi kongsi something yg bawa manfaat dapat pahala kan? So jom lah baca . hee :D *Ok muka zah muka tak malu.
Sampai disini sahaja . Assalaamualaikum.
"Ujian Hidup? Allah ! :'(" was Posted On: Tuesday 26 March 2013 @23:00 | 0 lovely comments
 10 Ciri-ciri Calon Suami

Assalamualaikum anda2 semua. hehe~ :D Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut:
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
"10 Ciri-ciri Calon Suami" was Posted On: Sunday 3 February 2013 @21:25 | 0 lovely comments
 AKU BUKAN WANITA MULIA.



Assalamualaikum, there's a story my friends! take a break n read please. :) maybe there's some knowledge you all can get. :)

baca dan ambik iktibar daripadanya...



Bau tanah ditampar renyai hujan menyentuh deria baunya. Dia melihat dari jauh sosok berkelubung putih berjalan perlahan membelah kabus pagi yang tebal dan dingin. Dia yakin sosok itu milik seorang wanita kerana kerudung di atas kepalanya yang terletak indah dibuai nakal sang bayu pagi. Dia melajukan langkahnya, hayunan kaki dibesarkan cuba mengejar wanita itu, seakan ada satu tarikan yang ia tiada upaya untuk tolak. Semakin ia menghampiri, semakin wanita itu menjauh, sehingga lelah menghambat peluh dingin keluar daripada liang tubuhnya. Dia ingin menegur namun gusar andai dia menakutkan wanita itu pula. Lalu dia berlari anak sambil menahan serbannya yang hampir tercabut.

“Wahai pemuda! Tidak malukah kau mengejar aku, bersaksikan serban mulia di kepalamu?” Suara wanita itu menghentikan langkahnya, cepat-cepat ia kesat peluh di wajahnya sambil membetulkan serban di atas kepalanya.

“Wahai wanita mulia, aku Cuma tertanya-tanya, siapakah gerangan kamu, yang berjalan sendirian di pagi dingin, membelah kabus? Ke mana destinasimu, mana tahu aku bisa menjagamu dari belakang andai ada yang berniat jahat.” Dia memberanikan diri untuk bersuara. Wanita di hadapannya tetap juga tidak menoleh, hanya hembusan nafas yang berat kedengaran.

“Jangan kau risau, Allah ada untuk menjagaku. Risaulah tentang dirimu, tentang niatmu wahai orang muda! Allah tidak pernah lengah pada setiap suara hati yang terlintas, pada setiap denyut hati yang bersuara.” Wanita itu membetulkan kerudungnya, cuba meloloskan diri daripada perhatian pemuda itu.

“Nanti! Adakah kau pasti, untuk terus bersendirian menelusuri jalan ini? Aku khuatir andai apa-apa berlaku padamu.” Lama wanita itu membatu, kemudian dia menoleh ke belakang, sambil menyembunyikan sebahagian wajahnya. Terlihat jelas di matanya, sepasang mata bening cuba memberitahunya untuk berlalu pergi.

“Jika benar kau khuatirkan diriku, pergilah kau dari sini, itulah perkara yang akan menyelamatkanku dan kamu. Tolong kau pergi dari sini wahai pemuda mulia, aku bukan seperti sangkaanmu.” Dia terpinga-pinga dengan jawapan wanita itu, cuba mentafsir apa disebalik kata-kata itu.

“Tapi….” Belum sempat dia menghabiskan kata -katanya, wanita itu telah  berjalan laju, tenggelam dalam kabus tebal. Kemudian ia merasakan goncangan yang maha kuat, melempar tubuhnya jauh.

“Zikri, bangun! Ya Allah, kita dah terlambat bersahur! Lagi setengah jam masuk subuh!”  diraub wajahnya yang berkeringat lebat, mulutnya berisitighfar berkali-kali, mengingat mimpi aneh yang telah beberapa hari mendatangi tidurnya. Dadanya jadi sesak dan sebak setiap kali terjaga daripada tidurnya. Tuhan, apa yang Kau cuba khabarkan padaku? Siapa wanita itu? Siapa pemilik sepasang mata itu?bingkas dia bangun dari pembaringan. Membersihkan tubuhnya, bersahur sekadar beberapa butir kurma dan segelas air kosong, kemudian menyungkur sujud pada Allah, memohon petunjuknya pada apa yang berlaku. Sengaja dia berlama dalam sujudnya cuba merungkai segala rusuh yang bergumpal dalam nubarinya.

Adakah mimpi itu berkait dengan niatnya untuk bernikah? Adakah wanita dalam mimpi itu adalah wanita sama yang ingin dia pinang? Kerana mata bening itu benar begitu tidak asing baginya, telah pun singgah di hatinya, wanita mulia yang dia kenal di Mekah itu. Wanita yang dia lihat sering bersendiri itu, yang baginya memiliki hati yang begitu khusyuk dalam melakukan apa sahaja. Sering dia terlihat wajah suram bersalut duka wanita itu ketika berjalan menelusuri jalan-jalan di Masjidil Haram, tangannya sentiasa mengesat mata yang berair. Kagum nian dia pada wanita itu hingga hatinya begitu tertarik pada Izzah yang terpancar , seolah-olah terpukau lalu ia nekad untuk mengambil wanita itu sebagai pedamping hidupnya. Namun dia tidak tahu bagaimana untuk mendekati wanita itu, sudah pun dia nyatakan hasratnya pada Mursyidnya, untuk merisik wanita mulia itu. Tiada khabar yang diterima dari mursyidnya, sehingga dia kini telah pulang ke tanah air, mengusung sebuah harapan yang masih subur agar Allah menemukan dia kembali dengan wanita itu.

“Zikri, ustaz dapat maklumat tentang wanita itu, namanya Zinnirah, dia telah pulang ke tanah air, sekarang menetap di sekitar Kuala Lumpur, sama di tempatmu sekarang. Ustaz Berjaya mendapat alamatnya juga nanti ustaz emailkan.”Suara mursyidnya di hujung talian, menyebabkan hatinya berbunga-bunga, rupanya ustaz dalam diam melakukan sesuatu dan harapannya kian menggebu.

Dia akan pergi menemui wali wanita itu, meminta dengan penuh takzim dan hormat pada sebuah ikatan pernikahan. Dia nekad dan pasti. Selepas sahaja dia menerima email daripada mursyidnya, dia mula merancang strategi, dia mahu bertemu ayah wanita itu dahulu, kemudian jika semua berjalan dengan baik, baharu dia akan mengkhabarkan pada ibu dan ayahnya. Dengan lafaz basmallah, dia memulakan langkahnya, menuju rumah seperti alamat yang tertulis di atas cebisan kertas di tangannya. Mujur tidak begitu jauh daripada tempatnya menetap. Dia kemudian Berjaya menemui rumah tersebut, berdiri dia di hadapan pintu pagar besi bermangga besar. Rumah itu kelihatan sepi, bagai tiada penghuni. Dia jadi hairan, berdiri lama di situ. Kemudian seorang tetangga keluar menegur.

“Encik cari siapa?” Seorang lelaki berkain pelikat menegurnya di muka pintu, berjalan menghampirinya.

“Er..saya cari Cik Zinnirah, ini rumah dia kan?”

“Eh dah beberapa bulan dia pindah encik. Kenapa encik cari perempuan sundal tu? Dia ada buat hal dengan encik ke? Saya Nampak encik ni macam orang baik-baik, mustahil pula perempuan macam Zinny tu ada kawan seperti encik ini.” Lelaki itu selamba memuntahkan kata-kata berbau hanyir.

“Apa maksud encik? Zinnirah tidak melakukan apa-apa, saya mahu berjumpa ayahnya sahaja. Itu tujuan saya ke sini. Terima kasih atas makluman tentang zinnirah sudah berpindah, yang lain itu saya tidak terima.” Terus dia mahu berlalu, hatinya sakit mendengar kata-kata nista daripada lelaki itu.

“Terpulanglah kalau encik tidak mahu percaya, saya jirannya, saya tahu dia bagaimana. Kupu-kupu malam sepertinya mana boleh hidup menetap, sentiasa dikejar polis. Sentiasa perlu berpindah.” Kata-kata lelaki itu menyerbu kasar pendengarannya, hatinya panas, sejurus itu dia beristighfar dan berlalu pergi.

Benarkah wanita yang dia lihat di Mekkah itu wanita kupu-kupu malam? Mengapa cahaya Izzah yang terpancar daripada wanita itu begitu menyilau? Dia bingung seketika, antara tidak percaya dan tertanya-tanya. Namun peristiwa itu tidak menghentikan hasratnya. Dia makin sering berdoa dan tekad, langkahnya ke masjid seperti selalu juga. Dia tanamkan harapannya di rendang pohon pengharapanNya.

Suatu pagi ketika pulang dari solat subuh di masjid, dia terlihat kelibat Zinnirah, seperti biasa berpurdah hitam, dia sangat pasti itu. Terus dia mengekori Zinnirah, ingin mengetahui di mana tempat tinggalnya. Dia tahu, Zinnirah sedar akan perlakuannya , dia dapat rasakan jelingan mata Zinnirah yang cuba melarikan diri daripadanya. Ketika dia cuba melintas jalan, kelibat ZInnirah sudah lesap, dia kesal sendiri. Menyumpah langkahnya yang lambat sambil berdoa agar esok dia bertemu lagi Zinnirah di masjid namun berminggu-minggu penantiannya sia-sia, kelibat Zinnirah tidak pernah kelihatan lagi.

“Abang, ini ada surat daripada kakak Zinnirah.” Seorang anak gadis, malu-malu menyuakan sepucuk sampul biru yang mencetuskan debaran kuat di dadanya. Paluan debaran itu menyebabkan dia tidak sabar untuk membongkar isi surat itu.



Bismillah, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah.

Biarlah saya berterus terang melalui surat ini sahaja. Wahai pemuda, saya sudah dikhabarkan tentang hasratmu, namun saya harus nyatakan di sini, lupakanlah hasratmu itu, kuburkannya sedalam-dalamnya, kerana ia tidak mungkin akan berlaku. Saya tidak akan menerima mana-mana lamaran. Saya bukan seperti sangkaanmu, saya bukan wanita mulia, saya wanita tercemar yang tidak mungkin akan diterima masyarakat biarpun saya telah membasuh segala dosa-dosa saya dengan air mata nasuha, itu tidak mungkin akan mengubah pandangan mereka terhadap saya, malah ibu dan bapa saya sendiri tidak dapat menerima dosa-dosa yang saya pernah lakukan.

Mereka sudah membuang saya, seperti juga masyarakat di sekeliling saya. Saya juga tidak pasti andai taubat saya diterima Allah, kerana dosa saya terlalu banyak, buih-buih di lautan tidak mungkin bisa menjadi bandingannya. Saudara, ketika masyarakat menghukum saya atas dosa-dosa itu, saya mengharapkan pengampunan Allah masih terbuka luas, ketika mereka membuang saya daripada menjadi sebahagian daripada mereka, wanita-wanita kupu-kupu malam di lorong-lorong gelap itu yang memberi saya tempat untuk makan, minum dan tidur. Hanya di situlah saya diterima sebagai insan yang pernah melakukan dosa. Mereka menyayangi saya dan melayan saya dengan baik, biar hari-hari mereka bergelumang dosa, mereka tahankan telinga mendengar seruan saya agar mereka kembali ke pangkal jalan, biarpun tidak semua yang menerima seruan itu, mereka masih menganggap saya sebahagian daripada mereka. Mereka insan yang dipandang bergelumang dosa itu menerima saya berbanding manusia yang mengaku suci.

Biarpun buta mata ini kerana menangis, masyarakat tidak akan berhenti memalitkan perkataan ‘sundal’ pada diri ini. Ya, saya bukan wanita suci wahai saudaraku. Saya sedang dihukum dengan dosa-dosa lalu akibat jauh daripada pegangan agama dan terlalai dengan dunia. Saya redha dengan sakit ini, saya sabar menerima segalanya, inshaallah. Apa saya bisa lakukan jika manusia tidak dapat menerima lagi saya yang hina ini. Tidak hairanlah begitu ramai wanita yang senasib dengan saya, yang mahu kembali ke jalan Allah, namun kemudiannya kembali ke jalan noda, kerana masyarakat yang membuang mereka. Saya saban malam memohon kekuatan, moga Allah tidak tarik kembali hidayah ini, biarpun kaki saya setiap hari memijak lorong-lorong gelap itu dan dalam hati saya sentiasa berdoa agar Allah selamatkan semua wanita-wanita yang senasib dengan saya daripada kekejaman hukuman manusia yang mengaku suci.

Wahai pemuda, engkau kulihat golongan baik-baik, yang miliki prasangka yang baik pula terhadap orang lain, oleh kerana hatimu yang baik. Saya berani katakan, hanya wanita kurang akalnya sahaja yang akan menolak lamaranmu. Namun demi kemuliaanmu, saya dengan berat hati menolak lamaranmu, saya tidak mahu mencemarkan generasi suci dengan darah kotor dan hanyir milik insan seperti saya. Mengertilah wahai pemuda, saya bukan wanita mulia seperti sangkaanmu. Saya penghidap AIDS dan menghitung hari untuk bertemu Allah. Lupakan diriku kerana Allah, moga jika jodoh kita bukan di dunia, di akhirat kita akan bertemu, inshaallah.

Wanita kotor,

Zinnirah




Sayu dan pilu bersatu dalam sendu. Dia membaca berulang-ulang kali surat itu. Mahu sahaja dia menjerit pada seantero dunia, bahawa Allah itu Maha Pengampun biar sebesar mana dosa hambaNya, jadi mengapa kalian yang bergelar insan begitu bersikap angkuh, sewenang wenangnya mencanang kata-kata nista yang menghukum. Kesal dan kecewa bergumpal dalam jiwa. Dia mencari kembali kelibat gadis yang memberinya surat itu.

“Adik boleh abang bertanya. Di mana tempat kak Zinnirah tinggal sekarang?” wajah anak gadis itu serta merta berubah mendung, ada air mata tersisa.

“Abang, kak Zinnirah sudah pergi meniggalkan kita. Jenazahnya diuruskan pihak hospital kerana dia penghidap AIDS. Dia sudah disemadikan di kawasan berdekatan hospital keran tiada waris yang menuntut jenazahnya. Surat itu dia berikan pada saya ketika dia tenat di hospital dan pesannya berikan pada abang yang berjubah putih dan berserban biru.” Kata-kata gadis itu bagai halilintar, serasa hatinya hangus mendengar khabar itu.

Air mata lelakinya jatuh menyentuh dadanya. Subhanallah, kau wanita suci ZInnirah, di sisi Tuhan jika kau diampunkan ketika kau menangis di hadapan Kaabah. Kau suci daripada dosa, ketika kau redha dan bersabar dengan segala ujianNya, ketika kau menanggung sakit daripadaNya, ketika kau sabar menerima hukuman masyarakat yang mengaku suci , yang membuangmu. Sedangkan mereka yang mengaku suci itu belum tentu juga nasibnya bagaimana. Oh! manusia mana yang suci daripada dosa? dia beristighfar berkali-kali cuba menenangkan taufan dijiwanya. Mengertilah dia akan mimpinya selama ini. Tuhan temukan dia dengan Zinnirah biarpun hanya dalam mimpi. Zinnirah, di mataku kau tetap wanita mulia dan suci yang berjalan menuju Allah. Zinnirah, moga kau diampunkan olehNya, moga kau beroleh syurgaNya! Amin, thumma amin.

That's all for this time. Thanks for reading. :)

selawat.~


"AKU BUKAN WANITA MULIA." was Posted On: Friday 18 January 2013 @20:23 | 0 lovely comments
 TERCIPTA UNTUKKU.
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. KAU
Biarlah aku hanya cantik di mata mu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.   Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milik mu seorang....   Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.   Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.   Muslimah dan mukminah solehah insyaAllah...   Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbangan ku kepada manusia selama hidup di muka bumi?   Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandangan ku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadi ku karena itulah yang dituntut oleh Allah.   Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suami ku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?   Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diri ku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untuk mu.   Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.   Diri ku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan dengan ku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.   Aku merasa seolah-olah kehidupan ku yang tenang ini telah dirampas dari ku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diri ku dari kejahatan.   Kehadirannya membuat ku banyak memikirkan tentang diri mu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersama ku. Di mana saja aku berada, akal sadar ku membuat perhitungan dengan mu. Aku tahu lelaki yang menggoda ku itu bukan diri mu. Malah aku yakin pada gerak hati ku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidup ku kelak.   Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diri ku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.   Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpin ku ke arah tujuan yang satu.   Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.   Andainya kaulah jodoh ku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hati ku juga hati mu. Itu janji Allah.   Cinta hanya wujud selepas pernikahan Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.   Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.   Permintaan ku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh diri mu pada mencari redha Illahi.   Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuangan mu….   Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juang mu, mengulurkan tangan ku untuk mu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. 
"TERCIPTA UNTUKKU." was Posted On: Monday 19 December 2011 @09:13 | 0 lovely comments
 WaNiTa ~
Ѽ҃҃҃҃҃҃҃҃҃҃Ѽ◄▬▬▬๑๑ ۩♣★♣۩๑๑▬▬▬►҃҃҃҃҃҃҃҃҃҃Ѽ҃҃҃҃҃҃҃҃҃҃Ѽ


Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja ,
Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami
Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin.

Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...
Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . segalanya bergantung kepada agamanya..
Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..

Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaiman semestinya.
Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya.
Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi.
Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.
Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.
Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...
"WaNiTa ~" was Posted On: Saturday 17 December 2011 @13:08 | 0 lovely comments
 TeMaN sEjAti ...
Teman,
kata sederhana yang tidak mudah ditemukan dalam kenyataan
Teman,
tak semua yang dekat bisa berlabelkannya
Teman,
ada kerinduan untuk selalu dapat bertemu dengan sosok sepertinya
Pernahkah kau temukan seseorang yang
senantiasa setia di sisimu
kala kau jatuh dan hilang asa.
Pernahkah kau dapati sesosok makhluk
yang selalu tahan mendengar kisahmu
kala angin membawa berita-berita busuk tentangmu.
Pernahkah handphone berdering di tengah malam,
hanya untuk sebuah kalimat pendek
“Apa Kabar Imanmu Malam ini ?”
Pernahkah kau tangkap butiran air mata
yang disembunyikan, sehabis doa panjang
yang padanya terselip namamu.
Dialah teman sejatimu....
"TeMaN sEjAti ..." was Posted On: Saturday 10 December 2011 @08:00 | 0 lovely comments

« Older posts

Copyrighted © TeaCakeHouse. All rights reserved. Thank you.
View with Google Chrome in a 1280 x 800 SR. Inspired by Kaith, Images from Cursor from Images from

ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ